Isnin, Disember 15

cuti-cuti sekolahhhhhh(sambil nyanyi ala2 CT)

kelasrum bercuti sementara ini kerana paham2 jelah, time cuti sekolah..kelasrum pun tutup la..
nantikan januari kerana kelasrum akan kembali dibuka dengan silibus baru dan berbeda
dengan yang lama. naik darjah baru kan...justeru, kepada satu2nya pelajar kelasrum iaitu cik kening lebat bermata lebam,januari kita jumpa ya..kalau pergi kuala kubu, tulis nama atas batu..
kalau datang kelasrum aku, tulis nama kat jadual kedatangan yer...jumpa lagi..

Rabu, November 19

ini cerita tentang mereka yang cuai, semoga diteladani

Sejak aku namakan ruangan ni kelasrum, baru kali ini aku rasa nak jadi macam cikgu dan wujudkan suasana P&P dalam bilik darjah di ruangan ini. Sila ambil tempat masing-masing, kelas akan bermula…Selamat pagi semua…semua sihat?malam tadi MU menang ke kalah?saya tak sempat tengok separuh masa kedua…cerekarama malam tadi mak dia mati ke? ( ini adalah mukadimah penting untuk setiap kali hendak memulakan kelas…bertujuan menaikkan nafsu pelajar untuk beri tumpuan kepada P&P dan menggerakkan minda yang masih lagi lena …pasti masing-masing nak buat synopsis sendiri tentang perkara2 sebegitu…biarkan soalan diujarkan dalam bentuk terbuka kerana kita mahukan penglibatan semua pelajar untuk berebut-rebut ingin menjawab)- pandangan sendiri, berdasarkan pengalaman dan sifat seorang pelajar…agak sukar menggunakan set induksi yang mampu menarik minat pelajar terutamanya bagi pelajar sekolah menengah..baiklah, hari ini cikgu nak sambung pembelajaran kita iaitu kata adjektif ataupun dikenali juga dengan kata sifat…ada sesiapa yang tahu boleh berikan contoh?

Meh aku berikan satu contoh KECUAIAN- setelah digunakan bersama apitan ke-an..
Sebenarnya nak berkongsi dan melepaskan tensen kat sini(mmg ini tujuan aku menulis di sini, maka aku tidak gemar untuk membiarkan ada teman2 UPSI yang tahu dan mengunjungi kelasrum ini)…semuanya berkisarkan tentang kertas Pengurusan Sukan dan Rekreasi semalam ( QSS 2332)… kecuaian bermula daripada soalan no.34- soalan no.45 iaitu pernyataan betul/salah…oleh sebab aku dah study soalan-soalan semester lepas, timbul juga rasa teruja apabila banyak soalan yang sama dikeluarkan semula…aku bukan sahaja ingat soalannya malah jawapannya sekali…maka cerita pun bermula…tanpa membaca arahan untuk soalan tersebut ( sbb aku dah tau mmg kena pilih betul/salah)
Aku terus menjawab dengan penuh rasa yakin(keyakinan itu sikap yang bagus yaa) seperti soalan-soalan semester lepas yang pernah aku buat, aku hitamkan A- untuk pernyataan betul dan D-pernyataan yg salah…namun aku mendapat pengajaran yang mahal pada hari itu…arahan sebenar, tandakan B-utk pernyataan betul dan D-utk pernyataan yg salah…faham2lah kan…ahhh, kenapa kertas tu tukar arahan lak…memang malang dan berguna utk insan cuai seperti aku kan? Itupun aku dapat tahu malam tadi melalui temanku yg bertuah yang kuberikan ruang untuk mengintai jawapan aku…sebenarnya dia ada menegur semasa ingin keluar awal dari dewan peperiksaan, namun entah kenapa aku gagal mendekod percakapannya itu…terlalu perlahan ok..
Malamnya dia bertanya sama ada aku menukar jawapan tersebut, dan kalian (2,3 org yg baca entry ni) pasti pernah melihat reaksi terperanjat dan terkesima kan?adoyaiiii…
Aku periksa semula soalan, dan lebih kurang enam soalan aku hilangkan daripada sensor pemeriksa eletronik tu..masalahnya borang OMR ditanda oleh mesin, maka pasti salah..jika ditanda oleh pensyarah, pasti dia akan terfikir kan?maka, entry ini akan menjawab pertanyaan mengapa aku tercicir daripada senarai dekan untuk semester ini..hahhahahahahha (FAKTA-aku tak pernah dapat senarai dekan pun sepanjang dua semester)…tapi jauh di sudut hati aku bersyukur kerana kesilapan itu menjadi pengajaran untuk aku semakin berhati-hati dan membaca arahan untuk peperiksaan yang lain nanti..
Aku khabarkan pada rakan2 dengan niat agar mereka meneladani kisah malang aku..biarpun ada yang ketawa kerana kebodohan aku itu..(cuai tu bodoh ke?)
orang cakap belajar daripada kesilapan kan? namun aku tak sangka ada sekuelnya kisah malang aku itu…utuk kertas terakhir pagi tadi…namun kali ini watak utamanya bukan lagi aku ( aku spend 5 minit baca semua kata-kata berbentuk arahan yg ada pada kertas tersebut)…itulah kalau nak dijadikan cerita, temanku si hitam dari Kuala berang tu tidak menjawab soalan esei terakhir dengan tanggapan, ‘aku ingatkan kena pilih salah satu’-merujuk kepada dua soalan esei yang perlu dijawab)…adoyaiii,bakpe la mung duang oiii…10 markah tu beb..lagipun ramai yg kesuntukan masa tadi termasuk aku…dan aku ada ending dan perkara nak diberitahu yang bisa buat kalian tersenyum dan mungkin ketawa sedikit ataupun menepuk dahi yg tiada disinggahi nyamuk pun…-temanku yang tidak membaca arahan untuk menjawab kedua-dua soalan itu adalah teman yang mengintai jawapan aku dan memberitahu bahawa aku tersilap menandakan jawapan untuk kertas semalam..senyum sambil geleng2 kepala… betapa manusia tidak mudah menerima pengajaran daripada kesilapan orang lain kan…sememangnya pengalaman simulasi lebih berkesan daripada pengalaman vikarius…dan kami (aku dan dia) telah mengalami simulasi itu bersama…dia bercerita sama aku sambil terbahak-bahak ketawa menyesal dengan kecuaian episod 2 itu..

selamat pagi tg malim

sedang rehat....lelah mentelaah untuk kertas terakhir sem ini....senyum sinis...
dalam kepala pening sebenarnya sebab tiada contoh soalan tahun2 sebelumnya..
bahan pun cuma slide2 yang tulisannya lebih kecil berbanding tulisan ini..bayangkan...pijar mata separa bulatku ini...KHAR semakin sunyi, ramai yang telah mula meninggalkan bumi pendidik ini..ahhh. terasa nyaman dan tenang pula..hehhe..tidak perlu bersesak didalam lif, menunggu lama pesanan makanan, dan wifi semakin baik? aku masih belum buat keputusan muktamad sama ada menyertai bengkel fasilitator di PulauPangkor ataupun tidak... banyak yang aku perolehi sebenarnya andai turut serta, pengalaman adalah barang yang mahal yang takkan dapat ditender dengan wang berjuta...nanti aku fikirkan lagi.. sedang berfikir juga apa
perancangan semasa cuti ini? mahu teruskan bacaan untuk kertas terakhir, risau juga
dengan subjek Prof ni...mudah2an dipermudahkan soalan dan dikurniakan ilham utk jawapan...

Sabtu, November 15

bangun dengan ucapan selamat petang

hahaha...hari ini ialah hari tidur bagi penghuni 2-4-5 KHAR. malam tadi best sangat bergelak ketawa bersembang,melayan video2 kelakar tahap gaban beramai-ramai...dan kami membaca doa tidur ketika ayam mula berkokok(mcmlah ada ayam kat kolej ni)...orang puitis cakap dinihari..hukk..dan kami bangun dikala petang,akibatnya aku terlepas acara piknik ala2 majlis perpisahan sem ni dgn kwn2 1 kos...sangat mendukacitakan..palotak agak sakit bile terpaksa bgn menjawab panggilan..tapi takde yang kol suh g pon...ehmmmm..takpelah, ade ke tak mende tu tetap berjalan gak...takpelah, masalah tol tak bawak motor..huhh..pas terbangun,tdo semula,pastu tdo,dan tdo jua akhirnya..bilik aku memang sedap tdo..hahha...berjalan dengan
perut lapar dikala jam 4.00ptg utk ke kedai haii syggg!!! lauk pon ade sket je lagi..hummm.
dan hari ini rupanya amat muram..patutlah sedap je tdo...dan aku rasa mcm nak memerap dalam bilik je hari i..mcm baby kne dok dlam inkubator tu..tapi aku lebih cumell dari mereka..
ahhh,teringat aiman..malam tadi sempat webcam tgk dia..suwetttt...paper ade ag 2..malam ni g cari slide leh study..kalau bereskan exam dgn jayanya, nnt dapat bercuti dgn penuh enjoynya..ape plan cuti ni ek..humm(berfikir)..beransur duluar..nak berfikir ttg plan cuti nnt..
dah lame tak kuar main...perut makin naik,lemak makin berkampung..huhhh..kalau dok rumah, ptg le sesi yg ditunggu..beraksi bak ronaldo kat padang belia dgn teman sekampung yg pelbagai aksi..ehmmm...ah, noktah dulu lah.

Jumaat, November 14

terima kasih Dr Ong

memang Dr Ong talak tipu punya...hehe....soalan biomech tadi
memang sejibik soalan yang aku dok buat 2,3 hari ni...ade la sket dia tambah soalan lain..
tapi buat insan yang terkebil-kebil mengetik kalkulator macam aku ni,
dah kira bersyukur sangat boleh jawab...syukur pada Tuhan memori
aku kuat untuk mengingati segala jawapan..hahhaha...ade ke patut ingat jawapan?
-jangan contohi budaya belajar sekadar berorientasikan peperiksaan ini-
walaupun memang ada bayak soalan tak dapat jawab gak, tapi aku masih berpuas hati..
sem ni, subjek ni la yang paling aku takut...rasa macam nak dapat teruk jer...
tak dapat A pun takpe...Abjad atas slip tu takkan dapat memberikan kepuasan..tapi amat berguna untuk majikan-majikan skema...untuk aku, cukuplah sekadar mana penguasaan aku..
biar setara..mengantuk lak rasa pas Jumaat ni..hari bukan main panas lagi..nak hujan la kot petang ni.. beransur...........

Khamis, November 13

merapek

dah lama tak jenguk laman aku ni...sibuk dengan exam kunun2nya..hukk..
baru abis 3 paper, ade lagi 3 paper...tinggal major je..pasni bercuti..
tinggal UPSI, tinggal segala menda yang membazir separuh waktu
aku di sini (bertenet)hik..senyum...tengah break jap ni..penat otak aku wat kira-kira...
jumaat paper biomech..adoyaiii..
aku ni dah le LEM dalam kira-kira..
bayangkanla, nombor negatif pon buleh makan 1jam
nak paham..pastu bolehlak aku lupe dalam masa 10minit...
tumpul betul HOKI aku..
malas dah nak merapek..ciaw...