Rabu, November 19

ini cerita tentang mereka yang cuai, semoga diteladani

Sejak aku namakan ruangan ni kelasrum, baru kali ini aku rasa nak jadi macam cikgu dan wujudkan suasana P&P dalam bilik darjah di ruangan ini. Sila ambil tempat masing-masing, kelas akan bermula…Selamat pagi semua…semua sihat?malam tadi MU menang ke kalah?saya tak sempat tengok separuh masa kedua…cerekarama malam tadi mak dia mati ke? ( ini adalah mukadimah penting untuk setiap kali hendak memulakan kelas…bertujuan menaikkan nafsu pelajar untuk beri tumpuan kepada P&P dan menggerakkan minda yang masih lagi lena …pasti masing-masing nak buat synopsis sendiri tentang perkara2 sebegitu…biarkan soalan diujarkan dalam bentuk terbuka kerana kita mahukan penglibatan semua pelajar untuk berebut-rebut ingin menjawab)- pandangan sendiri, berdasarkan pengalaman dan sifat seorang pelajar…agak sukar menggunakan set induksi yang mampu menarik minat pelajar terutamanya bagi pelajar sekolah menengah..baiklah, hari ini cikgu nak sambung pembelajaran kita iaitu kata adjektif ataupun dikenali juga dengan kata sifat…ada sesiapa yang tahu boleh berikan contoh?

Meh aku berikan satu contoh KECUAIAN- setelah digunakan bersama apitan ke-an..
Sebenarnya nak berkongsi dan melepaskan tensen kat sini(mmg ini tujuan aku menulis di sini, maka aku tidak gemar untuk membiarkan ada teman2 UPSI yang tahu dan mengunjungi kelasrum ini)…semuanya berkisarkan tentang kertas Pengurusan Sukan dan Rekreasi semalam ( QSS 2332)… kecuaian bermula daripada soalan no.34- soalan no.45 iaitu pernyataan betul/salah…oleh sebab aku dah study soalan-soalan semester lepas, timbul juga rasa teruja apabila banyak soalan yang sama dikeluarkan semula…aku bukan sahaja ingat soalannya malah jawapannya sekali…maka cerita pun bermula…tanpa membaca arahan untuk soalan tersebut ( sbb aku dah tau mmg kena pilih betul/salah)
Aku terus menjawab dengan penuh rasa yakin(keyakinan itu sikap yang bagus yaa) seperti soalan-soalan semester lepas yang pernah aku buat, aku hitamkan A- untuk pernyataan betul dan D-pernyataan yg salah…namun aku mendapat pengajaran yang mahal pada hari itu…arahan sebenar, tandakan B-utk pernyataan betul dan D-utk pernyataan yg salah…faham2lah kan…ahhh, kenapa kertas tu tukar arahan lak…memang malang dan berguna utk insan cuai seperti aku kan? Itupun aku dapat tahu malam tadi melalui temanku yg bertuah yang kuberikan ruang untuk mengintai jawapan aku…sebenarnya dia ada menegur semasa ingin keluar awal dari dewan peperiksaan, namun entah kenapa aku gagal mendekod percakapannya itu…terlalu perlahan ok..
Malamnya dia bertanya sama ada aku menukar jawapan tersebut, dan kalian (2,3 org yg baca entry ni) pasti pernah melihat reaksi terperanjat dan terkesima kan?adoyaiiii…
Aku periksa semula soalan, dan lebih kurang enam soalan aku hilangkan daripada sensor pemeriksa eletronik tu..masalahnya borang OMR ditanda oleh mesin, maka pasti salah..jika ditanda oleh pensyarah, pasti dia akan terfikir kan?maka, entry ini akan menjawab pertanyaan mengapa aku tercicir daripada senarai dekan untuk semester ini..hahhahahahahha (FAKTA-aku tak pernah dapat senarai dekan pun sepanjang dua semester)…tapi jauh di sudut hati aku bersyukur kerana kesilapan itu menjadi pengajaran untuk aku semakin berhati-hati dan membaca arahan untuk peperiksaan yang lain nanti..
Aku khabarkan pada rakan2 dengan niat agar mereka meneladani kisah malang aku..biarpun ada yang ketawa kerana kebodohan aku itu..(cuai tu bodoh ke?)
orang cakap belajar daripada kesilapan kan? namun aku tak sangka ada sekuelnya kisah malang aku itu…utuk kertas terakhir pagi tadi…namun kali ini watak utamanya bukan lagi aku ( aku spend 5 minit baca semua kata-kata berbentuk arahan yg ada pada kertas tersebut)…itulah kalau nak dijadikan cerita, temanku si hitam dari Kuala berang tu tidak menjawab soalan esei terakhir dengan tanggapan, ‘aku ingatkan kena pilih salah satu’-merujuk kepada dua soalan esei yang perlu dijawab)…adoyaiii,bakpe la mung duang oiii…10 markah tu beb..lagipun ramai yg kesuntukan masa tadi termasuk aku…dan aku ada ending dan perkara nak diberitahu yang bisa buat kalian tersenyum dan mungkin ketawa sedikit ataupun menepuk dahi yg tiada disinggahi nyamuk pun…-temanku yang tidak membaca arahan untuk menjawab kedua-dua soalan itu adalah teman yang mengintai jawapan aku dan memberitahu bahawa aku tersilap menandakan jawapan untuk kertas semalam..senyum sambil geleng2 kepala… betapa manusia tidak mudah menerima pengajaran daripada kesilapan orang lain kan…sememangnya pengalaman simulasi lebih berkesan daripada pengalaman vikarius…dan kami (aku dan dia) telah mengalami simulasi itu bersama…dia bercerita sama aku sambil terbahak-bahak ketawa menyesal dengan kecuaian episod 2 itu..

2 ulasan:

twinkle_star berkata...

huhu..
tamaw cuai2..
;p

ain.ya.nun. berkata...

sakit bijik mato den la..
konit bona neh..